Kunci kejayaan sebagai usahawan internet yang berjaya

Posting ni lebih kepada kesinambungan posting saudara zulfadli tentang usahawan internet vs usahawan konvensional

Menjadi usahawan adalah sesuatu perkara yang selalu diperkatakan orang tapi tak ramai yang menghayati dan dapat membuatnya secara betul-betul berkesan.

Satu quote bahasa inggeris (ada tertampal dipintu rumah saya) berbunyi "patience, persistence and perspiration make an unbeatable combination for success" atau dalam bahasa kita
kejayaan = sabar + usaha berterusan + bersungguh-sungguh dan jangan lupa satu lagi tawakal! bagi orang muslim.

Sebagai usahawan perkara yang perlu dititik beratkan ialah 'leverage' - sentiasa fikir untuk memudahkan kerja dan urusan sehari-hari.

Contoh:
  1. Buat website yang boleh dibaca oleh ramai orang daripada bercerita kepada seorang dan orang yang berlainan terutama bercerita perkara sama banyak kali. Rumuskan dan letakkan dalam website untuk tatapan seberapa ramai orang sekalipun.
  2. Hantar email kepada beratus orang dalam mailing list (bukan spam!) daripada hantar kepada seorang
  3. Jadikan sehabis banyak proses yang menuntut masa anda dikawal oleh sistem dan dijalankan secara automatik. Contoh terbaik ialah menggunakan autoresponder untuk menghantar email secara automatik, menerima bayaran credit card secara automatik dan meletakkan pemasaran berjalan 24 jam tanpa henti seperti menggunakan google adwords, classifieds, blog dan sebagainya.
  4. Mewujudkan affiliate program berupa ejen yang dibayar komisen setiap kali menghasilkan jualan bagi anda dari anda membuat kerja pemasaran berseorangan - meletihkan, menghabiskan banyak tenaga dan wang ringgit.
Mungkin banyak lagi yang boleh difikirkan. Sentiasa kreatif untuk menjadikan perniagaan semakin efektif dan efisen. Perniagaan sepatutnya memberi kebebasan yang lebih kepada usahawan bukan menjerat usahawan menjadi lebih sibuk dan sibuk dan akhirnya menjadi hamba kepada perniagaan sendiri. Saya cadangkan anda yang serius dalam perniagaan membaca dua buku ini.

  1. Cashflow Quadrant - by Robert T. Kiyosaki
  2. e-Myth Revisited - by Michael E. Gerber

Hantar iklan produk dan servis anda untuk dibaca oleh ramai orang di iklan101.com secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan. Website ini dijangka akan meletup satu hari nanti seperti website sebelum ini - hartanah.net. Semoga semua berjaya.

Duit banyak atau duit berkat?

Dah lama berkecimpung dalam dunia buat duit di internet ni, macam-macam program dah dilihat berlegar-legar di sana-sini. Ada setengah-setengah tu yang cari orang, refer orang, tipu orang, makan orang dan macam-macam lagi.

Entah la apa nak jadi dengan orang kita. Semua nak mudah semudah-mudahnya. Kalau boleh taknak keluar modal, taknak keluar duit, tak nak buat promosi, tak nak jual beli, tak nak buat apa-apa! Janji duit lepas tu kena masuk mencurah-curah. Bagusnya lah perniagaan macam tu.

Disebabkan permintaan yang tinggi dalam nak buat duit cepat ni, ramai la orang yang ambil kesempatan untuk mengenakan orang-orang kita dengan buat program itu dan ini. Konon masuk seringgit dapat seribu ringgit. Tak perlu iklan, dia tolong iklankanlah dan macam-macam.

Dalam urusan makanan tahu halal haram, main saham tau ada syariah-approved counter, unit trust nak ambil islamic fund, insurans nak ambil takaful, tapi bila bab duit kat internet semuanya HALAL! dah tak ada yang haram, syubahat, riba, judi dan sebagainya.

Jadi sama-sama kita fikirkan, nak duit banyak ke atau nak duit berkat? Sediakah kita nak berjawab kat sana nanti? Cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri juga. Sama-samalah kita pilih program, perniagaan yang terang-terang tidak salah seperti mendapat komisen jualan, bayaran servis, bayaran penjualan produk dan sebagainya.

Untuk lebih maklumat, sila ke tips buat duit dan urus wang

Affiliate program di internet

Pernahkah anda mendengar affiliate program di internet? Apa itu affiliate program? Boleh ke buat duit dengan affiliate program? Susah ke senang? Kena ada website ke tak perlu? Berapa tahun boleh jadi kaya?

affiliate program lebih mudah daripada menjadi ejen atau wakil penjual. Ia lebih berkonsepkan menjadi referer/introducer kepada sesuatu produk atau servis. Affiliate tidak melakukan proses 'close the deal', ia cuma menghantar pelawat ke laman web penyedia servis/produk.

Setiap kali orang yang dirujuk mendaftar/membeli dari penyedia servis/produk, affiliate akan mendapat komisen yang telah ditetapkan.

Jadi ia lebih kepada pemasaran bukan kepada penjualan seperti ejen.

Anda boleh menjadi affiliate dengan percuma di laman web yang menyediakan affiliate program. Di malaysia ada beberapa contoh affiliate program yang disediakan untuk menjual web hosting, buku dan sebagainya. Antara contoh affiliate program di malaysia


Affiliate tidaklah semudah yang disangka terutama di Malaysia kerana amalan membeli online agak belum berleluasa di sini. Tapi anda boleh juga mendaftar affiliate program yang ditawarkan diluar negara dan cek komisen anda akan dihantar ke rumah.

Antara affiliate program yang terkenal ialah clickbank.com tetapi rakyat Malaysia tidak dapat mendaftar menjadi affiliate di clickbank kerana malaysia telah disenaraihitam oleh pihak clickbank. Walaubagaimanapun terdapat satu buku berjudul chapter-m untuk membolehkan orang Malaysia mendaftar clickbank dan mengeluarkan pendapatan dari paypal.

Selepas ini kita akan bincang tentang cara mempromosi affiliate program ni. Kalau senang sangat kenapa tak ramai yang berjaya dengan affiliate program ni. Betul tak?

Saya akan menyentuh lebih lagi tentang affiliate dalam penulisan akan datang.

Jadi ejen atau wakil penjual

Cara termudah buat duit sampingan ialah jadi ejen atau wakil penjual. Kenapa? Kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menjadi ejen. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar dan kadang-kala mengikuti beberapa kursus yang diberikan.

Antara ejen yang anda boleh pertimbangkan ialah

  • Ejen insurans
  • Ejen unit trust
  • Ejen hartanah
Di atas merupakan jenis ejen yang popular dan bertahan lama. Terbukti berkesan dan mendatangkan hasil yang lumayan jika dikerjakan bersungguh-sungguh. Menjadi ejen tidak seperti melakukan MLM di mana anda memerlukan kumpulan yang besar untuk dijaga, pergi kursus motivasi setiap minggu dan sebagainya.

Komisen bagi setiap jenis ejen di atas berbeza-beza. Contohnya ejen insurans/takaful mendapat 30% komisen daripada bayaran bulanan peserta insurans (atau premium atau sumbangan) . Komisen semakin sedikit dan akhirnya tidak dapat langsung setelah 5 atau 6 tahun.

Manakala komisen ejen unit trust pula dalam 2% daripada simpanan peserta. Sekali dapat sahaja. Tetapi biasanya peserta simpan dalam amaun yang besar yang dikeluarkan daripada KWSP/EPF. Dan ejen biasanya boleh mendapat komisen berkali-kali daripada orang yang sama kerana pengeluaran sekaligus dari KWSP tidak dibenarkan.

Komisen untuk ejen hartanah pula ialah dalam 2% - 4% daripada nilai hartanah. Komisen akan diperolehi sebaik sahaja pembeli menandatangani perjanjian untuk membeli hartanah. Komisen diperolehi sekali saja untuk setiap transaksi.

Jadi, cuba pertimbangkan adakah anda sesuai untuk menjadi salah satu dari ejen di atas? Dan berbaloikah pulangannya jika anda mengusahakannya?

Untuk maklumat lanjut sila ke tips dan teknik pengurusan wang dan pendapatan tambahan

Iklan dan pemasaran di internet

Pemasaran adalah perkara terpenting dalam perniagaan. Semakin ramai orang tahu apa yang anda jual atau lakukan, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat pelanggan dan duit sudah tentu.

Salah satu cara termudah untuk mengiklan (tetapi mungkin bukan cara paling berkesan) ialah dengan mengiklan produk dan servis anda dalam portal iklan di internet (online classifieds)

Antara portal iklan yang ada ialah seperti

iklan101.com
iklanpercuma.com
e-iklan.net
iklan.com.my
freeiklan.com
iklanfree.com
cari.com.my/classified/ads
jomiklan.com
iklanmalaysia.com
syiok.com
classified.faizent.com

dan baaaaanyak lagi..

anda boleh buat carian di search engine google, yahooo atau msn dengan menaip
iklan percuma, iklan malaysia, letak iklan dsb. untuk mendapatkan lebih banyak tempat meletak iklan

Tapi anda harus ingat, diluar sana ada beribu-ribu orang lagi ingin mengiklankan produk mereka. Cara yang terbaik ialah dengan memberikan ayat power dan menarik perhatian. Tapi awas! Jangan sampai menipu pembaca.

Namun begitu terdapat banyak lagi teknik dan cara yang lebih berkesan untuk pemasaran di internet. Anda boleh mendapatkannya di sini - Teknik pemasaran di Internet

Beri dan terima

Kata orang 'Give and you will get'. Tapi betul ke?

Apa yang anda boleh beri dan apa yang anda akan terima? Cubalah memberi sesuatu yang anda ingin terima. Jika anda mahukan duit, hulurlah derma. Jika anda mahukan pekerjaan, bantu orang lain mendapatkan pekerjaan. InsyaAllah rezeki anda akan berlipat ganda.

Hartawan ramai memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% dari harta mereka ke jalan kebajikan. Anda bagaimana. Kalau gaji RM3000, 10% bermakna RM300. Adakah anda telah membelanjakan RM300 sebulan ke arah kebajikan? Atau untuk perut sendiri saja?

Paling senang kita dapat nilai semasa solat Jumaat. Ada peti derma yang dihulurkan dari seorang ke seorang. Berapakah yang rata-rata orang masukkan? RM1? RM2? Atau lebihan siling dalam poket. Kalau RM1 seminggu, sebulan baru RM4. RM4 dari RM3000 tu berapa?

Apa kata mula dari sekarang, kita jadikan amalan menderma 10% daripada pendapatan bulanan kita. Kalau RM300 sebulan yang patut dibelanjakan, bermakna lebih RM50 seminggu. Pernahkah kita menderma RM50?

Renung-renungkan. Beri lah dan insyaAllah anda akan terima rezeki yang berlipat ganda. Jangan kedekut untuk berbelanja ke arah kebajikan kerana itulah kunci kepada rezeki yang lebih berkat.

Buat duit atau jimat duit?

Ramai orang nak buat duit lebih untuk terus mengekalkan taraf hidup di masa-masa harga barangan semakin meningkat dan gaji tak naik-naik. Bermacam-macam cara dicuba. Ada yang join MLM, buat autso surf, jual kuih, jual prepaid, jual makanan kesihatan, jadi agen insurans, unit trust dan sebagainya.

Tapi tahukah anda ada cara yang lebih mudah? Apakah caranya? Adakah ia betul2 mudah? Caranya ialah dengan berjimat dan berbelanja cara berhemah?

Bagaimana nak berjimat? Kenapa susah sangat nak berjimat?

Di sini terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk berjimat...

  1. Kurangkan makan di luar. Breakfast dan dinner kat rumah. Tahukah anda kos untuk buat teh kat rumah tak sampai 30sen. Anda terpaksa bayar RM1.20 kat kedai mamak!
  2. Beli barangan di pasaraya. Beli stok barangan dipasaraya untuk menjimatkan wang. Barangan dikedai runcit agak mahal. Tapi anda mesti berbelanja dengan menulis senarai barang dahulu!
  3. Rancang perjalanan. Selesaikan urusan sambil-sambil pergi/balik kerja. Jangan keluar banyak kali. Petrol mahal.
  4. Rancang perjalanan dan berikan lebih masa untuk sampai ke tempat yang dituju. Kalau bawa kereta tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek secara mengejut, akan menambahkan penggunaan petrol. Ingat, petrol mahal.
  5. Pergi ke pusat membeli belah pada hari bekerja sebelah malam. Kalau pergi hari minggu, ramai orang bersesak-sesak, nak parking pun makan masa setengah jam, parking pun naik harga dari RM1 ke RM3, nak keluar pun jem.
  6. Beli barangan semasa ada sale. Barang seperti baju dan seluar (selain makanan) ada sale bila tiba musim perayaan. Jadi tunggulah masa harga murah untuk membeli.
Untuk maklumat percuma tentang bagaimana untuk menguruskan wang anda secara efektif termasuk bagaimana nak menyimpan, berjimat dalam perbelanjaan, melabur dan jugak menjana pendapatan sampingan sila ke www.PendapatanTambahan.com.

Atau mungkin anda boleh mendapatkan sebuah buku tentang pengurusan kewangan hanya RM18. Klik sini untuk maklumat lanjut