Duit banyak atau duit berkat?

Dah lama berkecimpung dalam dunia buat duit di internet ni, macam-macam program dah dilihat berlegar-legar di sana-sini. Ada setengah-setengah tu yang cari orang, refer orang, tipu orang, makan orang dan macam-macam lagi.

Entah la apa nak jadi dengan orang kita. Semua nak mudah semudah-mudahnya. Kalau boleh taknak keluar modal, taknak keluar duit, tak nak buat promosi, tak nak jual beli, tak nak buat apa-apa! Janji duit lepas tu kena masuk mencurah-curah. Bagusnya lah perniagaan macam tu.

Disebabkan permintaan yang tinggi dalam nak buat duit cepat ni, ramai la orang yang ambil kesempatan untuk mengenakan orang-orang kita dengan buat program itu dan ini. Konon masuk seringgit dapat seribu ringgit. Tak perlu iklan, dia tolong iklankanlah dan macam-macam.

Dalam urusan makanan tahu halal haram, main saham tau ada syariah-approved counter, unit trust nak ambil islamic fund, insurans nak ambil takaful, tapi bila bab duit kat internet semuanya HALAL! dah tak ada yang haram, syubahat, riba, judi dan sebagainya.

Jadi sama-sama kita fikirkan, nak duit banyak ke atau nak duit berkat? Sediakah kita nak berjawab kat sana nanti? Cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri juga. Sama-samalah kita pilih program, perniagaan yang terang-terang tidak salah seperti mendapat komisen jualan, bayaran servis, bayaran penjualan produk dan sebagainya.

Untuk lebih maklumat, sila ke tips buat duit dan urus wang

1 comment:

kimi said...

zakat itu menyucikan harta...
tak salah rasa kalau nak melabur kat internet..tapi seelok eloknya kita tau dimana sumber perlaburan tu..kalau tak tau..ingat-ingatlah nak keluarkan zakat..dah tau pun kena zakat..membantu sesama ummah..

http://health-performance.blogspot.com