Saturday, August 15, 2009

Perkahwinan hebat - network marketing + pendidikan + internet

Saya pernah berkecimpung dalam network marketing dulu (atau dikenali juga dengan multi-level marketing). Setelah dengan syarikat terakhir dalam tahun 2003, saya tak lagi menjenguk bidang network marketing ni.

Macam-macam bisnes yang diperkenalkan kepada saya tetapi rata-rata dengan produk yang sama. Sama ada makanan kesihatan, water filter, penjagaan rumah, kecantikan dan tak kurang juga yang tak ada produk tapi kena bayar beribu-ribu (kononnya dapat website yang tak tau apa gunanya)

Baru-baru ini rakan lama saya tanya - pernah dengar Score A? Saya cakap memang pernah dengar, rasanya program ni dah lama. Saya tanya balik "Apa dia score A? Kenapa? best ke?". Dia cakap "Marilah dengar preview".

Jadi saya pun dengan minda terbuka pergilah mendengar preview. Dalam business preview biasalah akan diceritakan produk, kemudian marketing plan dan ditutup dengan perkongsian pengalaman oleh yang dah berjaya.

Mula-mula pasal produk. Ini pertama kali saya mendengar tentang produk portal pendidikan dan ia berkualiti. Dengan ciri-ciri yang saya sendiri pun tak terfikir sebagai seorang programmer/SA.

Pendidikan juga tergolong dalam 4 arus utama perniagaan - kesihatan, pendidikan, pakaian dan makan tetapi ada tak orang sanggup tak beli makanan kesihatan kerana terpaksa hantar anak pergi tuisyen? Pendidikan anak lebih penting dari perbelanjaan lain.

Lepas tu marketing plan. Saya dah tak berapa ingat kira-kira dalam syarikat network marketing lama dulu. Tapi yang saya pasti ia 'complicated' dan 'lambat. Lepas pada itu baru saya dengar tentang system hybrid di mana bonus dikira secara harian disamping ada bonus bulanan.

Bayangkan anda mendapat income setiap hari dan setiap minggu anda dibayar. Kalau gaji seolah-olah anda mendapat 4 kali gaji sebulan. Wah itu sudah bagus!

Bila masuk bab perkongsian pengalaman, sekali lagi saya dikejutkan dengan kejayaan meraih pendapatan 5 angka dalam 1-3 bulan sahaja. Yang mana saya dulu terpaksa buat 4 bulan untuk dapatkan pendapatan 4 angka.

Saya terus mendaftar untuk kursus berikutnya untuk mengetahui lebih lanjut terutama tentang marketing plan dan pengiraan bonus. Setelah habis kursus saya terus join dan mulakan perniagaan network marketing setelah lama meninggalkannya.

Saya masih percaya network marketing memang boleh mendatangkan hasil seperti juga dengan perniagaan francais tetapi mesti kena dengan tekniknya. Ilmu dan duplikasi adalah kunci.

Tambahan lagi dengan teknologi internet yang pesat berkembang, semakin mudah untuk anda menjalankan bisnes secara 'network'. Perkara yang dulunya sukar (servis, penghantaran produk, maintain bulanan) kini telah dipermudahkan dengan adanya teknologi internet dan telekomunikasi.

Jika anda masih terbuka untuk sebuah bisnes network marketing lawati laman web eduniaga.com. Buka minda dan insyaAllah akan ditunjukkan jalan kepada anda. Yang tinggal ialah anda sendiri untuk tentukan pilihan. Tiada pilihan yang betul, yang ada ialah pilih dan lakukan yang terbaik dengan apa yang anda telah pilih.

eduniaga.com

Tuesday, June 09, 2009

Buat duit dengan hartanah

Cara ini merupakan antara ilmu tertinggi yang perlu dimiliki untuk buat duit. Iaitu cara buat duit dengan hartanah.

Ada beberapa cara untuk buat duit dengan hartanah

1. Beli dan sewakan. Ini cara paling straight forward. Anda beli rumah. Cuba dapatkan pinjaman yang bayaran bulanannya lebih rendah dari sewa rumah. Jadi penyewa akan membayar pinjaman rumah tersebut! Selepas xx tahun rumah itu milik anda tanpa anda perlu membayarnya.

2. Beli, simpan/sewa, dan jual. Harga rumah meningkat tak seperti harga kereta. Setiap tahun boleh dikatakan harga rumah akan meningkat. Jadi anda boleh beli, sewakan dan kemudian jual bila harga rumah tersebut naik. Anda perlu bijak mengagak (dengan fakta) tentang berapa banyak harga rumah tersebut boleh meningkat.

3. Beli, ubahsuai dan jual. Ini teknik yang pro gunakan. Beli rumah, ubahsuai sedikit dan jualkan dengan harga lebih tinggi. Juga boleh dipraktikkan untuk tanah. Beli tanah, ubah status atau pecah lot dan jual semula dengan harga lebih tinggi.

4. Jadi ejen hartanah. Walaupun ini agak berbeza tetapi cara ini masih lagi menggunakan hartanah untuk buat duit. Anda boleh mendapat komisen lebih kurang 2% untuk setiap rumah yang dijual. Jika rumah tersebut RM300,000, anda mendapat RM6,000! wow! Dan anda hanya perlu mencari penjual dan pembeli untuk itu.

Untuk mengetahui harga pasaran hartanah anda perlu selalu mengikut perkembangan. Website yang bagus untuk anda membuat tinjauan ialah hartanah.net

Monday, December 25, 2006

Buat duit dengan MLM

Tak perlu dijelaskan apa itu MLM. Mesti boleh dikatakan semua orang dah tahu. MLM merupakan model pemasaran yang paling lama bertapak di dunia. Berpuluh tahun lamanya.

Mungkin anda pernah gagal dalam MLM sebelum ini dan mungkin juga anda berjaya dalam MLM pada ketika ini.

Syarikat MLM pula tumbuh bagai cendawan. Tak kurang juga yang gulung tikar kerana kelemahan pengurusan syarikat dan janji yang terlebih.

Rahsia berjaya dalam MLM ialah
  • Mengguna produk yang dijual (guna sendiri)
  • Memperkenalkan perniagaan dan produk kepada orang lain (rekrut)
  • Duplikasi oleh downline - guna dan sebarkan (duplikasi + maintain)
Jualan dalam MLM ibarat air manakala mencari downline dalam MLM pula ibarat oksigen. Jika anda tidak melakukan proses mencari downline (rekrut), anda tidak akan dapat bertahan lama dan pendapatan anda tidak akan bercambah seperti yang selalu digembar-gemburkan.

Proses merekrut merupakan satu cabaran paling besar. Dan membimbing downline melakukan yang sama (duplikasi) adalah cabaran kedua.

Dengan adanya teknologi internet terkini, proses mencari prospek/downline menjadi semakin mudah. Begitu juga proses duplikasi yang banyak boleh dijalakan hampir otomatik sepenuhnya.

Jadi jangan lepaskan peluang menjalankan pemasaran MLM sekarang. Pilih syarikat yang berwiba dan kumpulan yang dinamik dan mempunyai sistem sokongan yang terbukti berkesan.

Klik sini untuk panduan merekrut oleh pakar MLM

Sunday, November 26, 2006

Perniagaan francais - adakah satu pilihan?

Mungkin anda pernah dengar tentang perniagaan francais. Adakah ia pilihan buat anda?

Antara kelebihan perniagaan francais ialah anda akan disediakan dengan manual lengkap langkah demi langkah untuk memulakan sebuah perniagaan yang telah terbukti berkesan.

Anda juga akan disokong kuat oleh franchisor dengan memberi latihan berterusan, kajian dan pengeluaran produk baru, pengiklanan dan pemantauan.

Kekurangannya ialah anda memerlukan modal yang sangat besar. Yang paling kecil pun mungkin dalam RM200,000 untuk memulakan satu perniagaan francais.

Adakah anda mampu untuk membiayai perniagaan yang bernilai RM200,000? Itu belum termasuk kos terselindung yang lain.

Berapa lamakah anda boleh sekurang-kurangnya mendapatkan kembali modal tersebut sebelum membuat keuntungan.

Walaubagaimanapun sekarang ini PUNB sedang giat mempromosikan perniagaan francais dengan memberi modal dan bimbingan tetapi tidak tahu sejauh manakah kejayaannya setakat ini.

MLM dikatakan satu perniagaan francais berskala kecil dengan modal yang rendah tetapi mempunyai segala kelebihan perniagaan francais yang lain. Yang paling sukar bagi menjalankan MLM ialah untuk mendapatkan downline dan memastikan downline sentiasa aktif dan menduplikasi.

Dengan adanya sistem internet untuk membantu mencari downline dan membuat maintenance, kerja-kerja tersebut menjadi jauh lebih mudah. Jadi mungkinkah anda akan memberi peluang kedua (atau ke berapa tak tau la) kepada MLM untuk menyelesaikan masalah kewangan anda?

Tuesday, November 21, 2006

Cara bina laman web dan asas perniagaan internet

Untuk berjaya di internet, anda memerlukan ilmu yang kukuh. Bermula dengan membuat kajian pasaran, membina laman web anda sendiri dan yang terpenting ialah cara membuat pemasaran di internet.

Apakah perbezaan antara pemasaran dan jualan? Bagaimana untuk mendapatkan pelawat? Bagaimana untuk membuat jualan dan menerima bayaran?

Adakah program affiliate dan adsense betul-betul boleh buat duit? Jika ya, bagaimana caranya.

Pelajari potensi perniagaan dan pendapatan di internet dengan menghadiri workshop laman web perniagaan yang akan diadakan pada 2 Disember ini.

Baca testimoni bekas peserta

Wednesday, November 15, 2006

Panduan: Buat duit mudah dengan laporan percuma

Amaran: Panduan ini untuk masa terhad sahaja. Akan ditarik balik bila tidak lagi boleh digunakan.

Download percuma panduan "Buat duit mudah dengan laporan percuma" yang akan menunjukkan anda cara langkah demi langkah untuk membuat duit dengan laporan percuma "The death of Internet Marketing"

Download sekarang

Monday, November 06, 2006

Rahsia buat duit dengan SMS

E-book terbaru "Rahsia buat duit dengan SMS" telah diterbitkan. Anda boleh mengetahui teknik menjana wang dengan SMS tak kira anda berniaga dalam apa bidang sekalipun.

Anda boleh memilih dari 3 pakej yang disediakan sama ada e-book sahaja atau dengan beberapa perkhidmatan sampingan yang lain.

Anda juga boleh menjana wang dengan affiliate program yang disediakan dengan menjual pakej e-book ini.

Klik sini untuk maklumat lanjut

Friday, November 03, 2006

Perniagaan runcit - Beli borong, jual runcit

Ini adalah model perniagaan yang paling mudah dan simple iaitu perniagaan runcit. Anda boleh mulakan perniagaan seperti ini bila-bila masa sahaja.

Konsepnya senang, anda beli pukal dengan harga borong kemudian anda pakej semula dengan pakej yang lebih kecil dan harga yang lebih murah.

Contohnya jiran sebelah rumah anda menjual kerepek pisang. Anda membeli seguni kerepek darinya dengan harga RM50. Kemudian anda masukkan kerepek tersebut ke dalam 200 bekas kecil dan menjualnya dengan RM1 setiap satu.

Di situ anda telah untung kasar RM150!. Itu hanyalah contoh. Sebenarnya banyak lagi produk lain yang anda boleh jual menggunakan konsep ini. Saya sendiri telah melakukannya dan mendapat untung.

Anda juga boleh memilih barangan tertentu di pasaraya besar seperti Makro dan Mydin dan menjualnya semula mungkin melalui internet!

Mulakan pernigaan runcit anda sekarang..

Selamat mencuba.

Monday, October 09, 2006

Perniagaan bermusim

Sekarang dah bulan Ramadhan.

Boleh dikatakan setiap bulan kita akan mendapat peluang menjalankan perniagaan bermusim. Apa yang dimaksudkan dengan perniagaan bermusim ialah perniagaan yang muncul sekejap sahaja sempena sesuatu perayaan atau sambutan

Contohnya sekarang bulan Ramadhan, perniagaan bermusim ialah menjual
  • juadah berbuka puasa
  • kurma
  • baju raya
  • kuih raya
  • langsir
  • kain
Lepas ini pula akan berlangsung musim buka cuti sekolah (akhir tahun) terdapat pula peluang untuk menjual pekakasan sekolah, baju sekolah, kasut dsb.

Jadi fikirkan apa yang boleh anda niagakan untuk musim-musim tertentu.

Friday, July 21, 2006

Panduan perniagaan internet

Jika anda ingin memulakan perniagaan internet mungkin panduan ringkas "5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet" ini boleh membantu. Yang lebih baik ialah ia adalah percuma!

Download sekarang. Right click and save as
"5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet"

Panduan ini adalah percuma dan anda bebas untuk berkongsi, memberi sebagai hadiah kepada pengunjung website anda dan menyebarkan kepada sesiapa yang anda fikir berguna.