Perniagaan runcit - Beli borong, jual runcit

Ini adalah model perniagaan yang paling mudah dan simple iaitu perniagaan runcit. Anda boleh mulakan perniagaan seperti ini bila-bila masa sahaja.

Konsepnya senang, anda beli pukal dengan harga borong kemudian anda pakej semula dengan pakej yang lebih kecil dan harga yang lebih murah.

Contohnya jiran sebelah rumah anda menjual kerepek pisang. Anda membeli seguni kerepek darinya dengan harga RM50. Kemudian anda masukkan kerepek tersebut ke dalam 200 bekas kecil dan menjualnya dengan RM1 setiap satu.

Di situ anda telah untung kasar RM150!. Itu hanyalah contoh. Sebenarnya banyak lagi produk lain yang anda boleh jual menggunakan konsep ini. Saya sendiri telah melakukannya dan mendapat untung.

Anda juga boleh memilih barangan tertentu di pasaraya besar seperti Makro dan Mydin dan menjualnya semula mungkin melalui internet!

Mulakan pernigaan runcit anda sekarang..

Selamat mencuba.

3 comments:

Anonymous said...

idea yang memberansangkan! memang tengah cari2 idea untuk mula kan bisness.. saya rasa idea nie bagus untuk student macam saya.. buat bisness murah2 dalam campus.. :D tq

Unknown said...

idea yang bagus jga.........

Unknown said...

idea bagus 👍