Bisnes Ideal

Bila kita dah mula jalankan bisnes, kita akan berfikir dengan bisnes apa lagi yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Kita juga berjumpa dengan ramai lagi ahli bisnes dengan bisnes masing-masing.

Kalau boleh kita nak satu bisnes yang lebih mudah tetapi menguntungkan. Setiap bisnes memang ada risiko tetapi setiap risiko masih boleh dikurangkan atau diurus dengan baik.

Antara ciri-ciri bisnes yang ideal ialah

1. Modal rendah.

Jika modal terlalu rendah, terlalu ramai yang akan jalankan bisnes tersebut. Jadi kena cari modal yang masih boleh diterima. Contohnya RM10,000 ke RM30,000.

2. Tidak bergantung pada kemahiran pekerja

Mencari pekerja yang amanah dan boleh bekerja dengan baik sangat susah. Jika bisnes yang kita jalankan tak terlalu bergantung kepada pekerja, kita tidak terlalu risau jika pekerja berhenti kerana untuk mencari ganti tidak terlalu rumit.

Berbeza dengan bisnes yang bergantung dengan pekerja seperti pekerja yang mempunyai skil khas dan susah didapati.

3. Overhead yang rendah

Biasanya overhead tertinggi ialah gaji pekerja dan sewa premis. Jika dua aspek ini dapat dikurangkan (menggaji cuma seorang kerani atau runner) dan tak perlukan premis atau premis yang kecil saja dapat mengurangkan overhead. Tanpa overhead yang tinggi, kita tak perlu risau sangat jika pendapatan bisnes untuk sesuatu bulan agak rendah.

Antara teknik untuk mengurangkan overhead ialah

- mengupah pekerja freelance (outsource) untuk melakukan kerja-kerja yang bukan harian. Contohnya membina laman web, membuat akaun syarikat, menghantar barangan
- melanggan pejabat maya (virtual office), ruang pejabat, bilik pejabat atau berkongsi pejabat/kedai
- melantik ejen bagi menjual dan dibayar komisen setiap jualan. Ini perlu dilakukan dengan betul dari segi melatih ejen dan juga memberi imbuhan yang setimpal

4. Risiko rendah

Jika perniagaan rugi, rugi tersebut tidaklah sehingga bepuluh atau beratus ribu.

5. "Exit strategy" yang jelas

Apakah penghujung bisnes. Adakah ia boleh dijual, diwarisi atau dibiarkan dengan terus menikmati hasilnya tanpa perlu berusaha.

6. Margin keuntungan tinggi

Jika menjual dengan margin untung RM1, anda perlu menjual 1000 kali untuk mendapat untung RM1,000
Jika menjual dengan margin untung RM100, anda perlu menjual cuma 100 untuk mendapat untung RM1,000

7. Pelanggan berulang

Mendapatkan pelanggan adalah sukar. Kenapa tidak menjual kepada pelanggan sedia ada berkali-kali? Antara bisnes yang mendapat pembelian berkali-kali seperti menjual makanan, barang-barang pakai habis (seperti sabun), barang keperluan yang perlu dibeli lebih dari satu seperti pakaian.

8. Bisnes "auto-pilot"

Bisnes boleh dijalankan hampir keseluruhannya secara automatik menggunakan sistem. Dari segi penjualan, pesanan, pembayaran dan penghantaran (produk digital atau dropship)

9. Pelanggan tidak berhutang

Tiada masalah dengan mengutip hutang. Sama ada pelanggan bayar dahulu atau bayar sebaik saja menggunakan perkhidmatan atau mendapat produk.

10. Industri yang tidak bermusim

Contoh industri yang kekal ialah industri berkaitan dengan keperluan asasi. Contohnya makanan, tempat perlindungan, pakaian dsb.

Manakalah industri yang tidak kekal ialah yang melibatkan fesyen, trend semasa, perhiasan, barangan bukan asas, barangan mewah dsb.

Jadi bisnes apa yang boleh memenuhi semua ciri-ciri di atas?



3 comments:

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Peluang jana pendapatan di rumah.

jackal said...

Mungkin boleh cuba bisnes online admin?. atau kerja online?

cik Jaja said...

Saya setuju dengan poin no 9, pelanggan tidak berhutang supaya perjalanan roda bisnes kita menjadi lebih lancar ;)