Emas dan Dinar

Salah satu cara nak buat pendapatan tambahan sekarang ialah dengan EMAS!

Ya, mana-mana pergi sibuk orang memperkatakan tentang emas. Dulu emas ni orang hanya tahu barang kemas. Harganya mahal. Siapa beli memang orang kaya.

Tapi hari ni bukan saja barang kemas, anda juga boleh beli dinar dan jongkong emas. Nak buat apa? Simpan dan jual bila perlu dan rasa sesuai dijual.

Jadi bagaimana nak buat pendapatan dengan emas?

1. Beli simpan dan jual semula. Ini cara macam melabur saham. Beli pada harga rendah. Lepas setahun dua, jual semula dengan harga lebih tinggi. Dapat 'capital gain'. Kalau sekarang beli harga jongkong 20gram RM3000 mungkin lagi 2 tahun akan jadi RM5000 harganya. Jadi untunglah RM2000

2. Jadi agen jual emas. Kalau jadi agen jual emas anda boleh dapat komisen dari 1%-10% bergantung kepada produk dan juga syarikat yang memeberikan komisen.

Jika anda ingin membeli emas anda bolehlah mencari agen emas berdekatan. Syarikat yang popular dengan emas ialah Public Gold dan GCP

7 comments:

buat duit said...

Emas dan dinar adalah aset..ianya bukan lah wang..

zam Adam the Master said...

salam
hangat dikatakan sekarang pasal bab emas ni..kalau tak silap maybank pun ada produk simpanan emas ni..rasanya tak rugi kalau bukak akaun emas ni berbanding dgn paki barang kemas yg silap2 bole putus tangan kan :)

invtr said...

Barang kemas harga belian balik adalah rendah (mungkin 20% kurang). Emas pelaburan seperti gold bar bagus untuk disimpan dan mudah dijual semula.

Kalo beli emas, elok dapat emas. Bukan dapat kertas. So far saya tau cuma Kuwait Finance House yang syariah compliance yang betul-betul bersandar pada emas fizikal.

Kalau ada emas fizikal, kalau perlukan wang boleh gadai di ar-rahnu.

rebellist said...

banyak rahsia cara buat duit kat sini, memang boleh jadi pendapatan sampingan

nik said...

informasi cari duit yang berguna..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Memang bagus buat pelaburan emas macam ni.

Upin Zai said...

emas untung, harganya susah nak jatuh berbanding benda lain.