Beri dan terima

Kata orang 'Give and you will get'. Tapi betul ke?

Apa yang anda boleh beri dan apa yang anda akan terima? Cubalah memberi sesuatu yang anda ingin terima. Jika anda mahukan duit, hulurlah derma. Jika anda mahukan pekerjaan, bantu orang lain mendapatkan pekerjaan. InsyaAllah rezeki anda akan berlipat ganda.

Hartawan ramai memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% dari harta mereka ke jalan kebajikan. Anda bagaimana. Kalau gaji RM3000, 10% bermakna RM300. Adakah anda telah membelanjakan RM300 sebulan ke arah kebajikan? Atau untuk perut sendiri saja?

Paling senang kita dapat nilai semasa solat Jumaat. Ada peti derma yang dihulurkan dari seorang ke seorang. Berapakah yang rata-rata orang masukkan? RM1? RM2? Atau lebihan siling dalam poket. Kalau RM1 seminggu, sebulan baru RM4. RM4 dari RM3000 tu berapa?

Apa kata mula dari sekarang, kita jadikan amalan menderma 10% daripada pendapatan bulanan kita. Kalau RM300 sebulan yang patut dibelanjakan, bermakna lebih RM50 seminggu. Pernahkah kita menderma RM50?

Renung-renungkan. Beri lah dan insyaAllah anda akan terima rezeki yang berlipat ganda. Jangan kedekut untuk berbelanja ke arah kebajikan kerana itulah kunci kepada rezeki yang lebih berkat.

No comments: