Bisnes Ideal

Bila kita dah mula jalankan bisnes, kita akan berfikir dengan bisnes apa lagi yang boleh dijalankan pada masa akan datang. Kita juga berjumpa dengan ramai lagi ahli bisnes dengan bisnes masing-masing.

Kalau boleh kita nak satu bisnes yang lebih mudah tetapi menguntungkan. Setiap bisnes memang ada risiko tetapi setiap risiko masih boleh dikurangkan atau diurus dengan baik.

Antara ciri-ciri bisnes yang ideal ialah

1. Modal rendah.

Jika modal terlalu rendah, terlalu ramai yang akan jalankan bisnes tersebut. Jadi kena cari modal yang masih boleh diterima. Contohnya RM10,000 ke RM30,000.

2. Tidak bergantung pada kemahiran pekerja

Mencari pekerja yang amanah dan boleh bekerja dengan baik sangat susah. Jika bisnes yang kita jalankan tak terlalu bergantung kepada pekerja, kita tidak terlalu risau jika pekerja berhenti kerana untuk mencari ganti tidak terlalu rumit.

Berbeza dengan bisnes yang bergantung dengan pekerja seperti pekerja yang mempunyai skil khas dan susah didapati.

3. Overhead yang rendah

Biasanya overhead tertinggi ialah gaji pekerja dan sewa premis. Jika dua aspek ini dapat dikurangkan (menggaji cuma seorang kerani atau runner) dan tak perlukan premis atau premis yang kecil saja dapat mengurangkan overhead. Tanpa overhead yang tinggi, kita tak perlu risau sangat jika pendapatan bisnes untuk sesuatu bulan agak rendah.

Antara teknik untuk mengurangkan overhead ialah

- mengupah pekerja freelance (outsource) untuk melakukan kerja-kerja yang bukan harian. Contohnya membina laman web, membuat akaun syarikat, menghantar barangan
- melanggan pejabat maya (virtual office), ruang pejabat, bilik pejabat atau berkongsi pejabat/kedai
- melantik ejen bagi menjual dan dibayar komisen setiap jualan. Ini perlu dilakukan dengan betul dari segi melatih ejen dan juga memberi imbuhan yang setimpal

4. Risiko rendah

Jika perniagaan rugi, rugi tersebut tidaklah sehingga bepuluh atau beratus ribu.

5. "Exit strategy" yang jelas

Apakah penghujung bisnes. Adakah ia boleh dijual, diwarisi atau dibiarkan dengan terus menikmati hasilnya tanpa perlu berusaha.

6. Margin keuntungan tinggi

Jika menjual dengan margin untung RM1, anda perlu menjual 1000 kali untuk mendapat untung RM1,000
Jika menjual dengan margin untung RM100, anda perlu menjual cuma 100 untuk mendapat untung RM1,000

7. Pelanggan berulang

Mendapatkan pelanggan adalah sukar. Kenapa tidak menjual kepada pelanggan sedia ada berkali-kali? Antara bisnes yang mendapat pembelian berkali-kali seperti menjual makanan, barang-barang pakai habis (seperti sabun), barang keperluan yang perlu dibeli lebih dari satu seperti pakaian.

8. Bisnes "auto-pilot"

Bisnes boleh dijalankan hampir keseluruhannya secara automatik menggunakan sistem. Dari segi penjualan, pesanan, pembayaran dan penghantaran (produk digital atau dropship)

9. Pelanggan tidak berhutang

Tiada masalah dengan mengutip hutang. Sama ada pelanggan bayar dahulu atau bayar sebaik saja menggunakan perkhidmatan atau mendapat produk.

10. Industri yang tidak bermusim

Contoh industri yang kekal ialah industri berkaitan dengan keperluan asasi. Contohnya makanan, tempat perlindungan, pakaian dsb.

Manakalah industri yang tidak kekal ialah yang melibatkan fesyen, trend semasa, perhiasan, barangan bukan asas, barangan mewah dsb.

Jadi bisnes apa yang boleh memenuhi semua ciri-ciri di atas?



Bisnes dobi self service

Pertama kali dalam sejarah menggunakan perkhidmatan dobi self service. Tiba-tiba jadi berminat pulak dengan model bisnes ni. Apa taknya, boleh buka 24 jam dan tak perlu bayar gaji orang bekerja

Overhead
  1. sewa kedai
  2. bil air
  3. bil letrik - mesin basuh, cctv, lampu, kipas
  4. ansuran mesin (kalau buat loan)
  5. maintenance mesin
Kemungkinan risk
  1. Tak ramai orang datang guna
  2. Vendalism
  3. Kecurian
Antara sebab orang perlukan servis ni
  1. Tak ada mesin basuh di rumah (biasanya bujang)
  2. Mesin basuh rosak belum sempat nak beli
  3. Tiada air di rumah jadi mesin tak boleh guna
  4. Guna pengering sebab baju tak kering sebab hujan
Bila study, ada beberapa company yang boleh setup business dobi ni. Cuma perlu sediakan duitnya saja. Antaranya

Emas dan Dinar

Salah satu cara nak buat pendapatan tambahan sekarang ialah dengan EMAS!

Ya, mana-mana pergi sibuk orang memperkatakan tentang emas. Dulu emas ni orang hanya tahu barang kemas. Harganya mahal. Siapa beli memang orang kaya.

Tapi hari ni bukan saja barang kemas, anda juga boleh beli dinar dan jongkong emas. Nak buat apa? Simpan dan jual bila perlu dan rasa sesuai dijual.

Jadi bagaimana nak buat pendapatan dengan emas?

1. Beli simpan dan jual semula. Ini cara macam melabur saham. Beli pada harga rendah. Lepas setahun dua, jual semula dengan harga lebih tinggi. Dapat 'capital gain'. Kalau sekarang beli harga jongkong 20gram RM3000 mungkin lagi 2 tahun akan jadi RM5000 harganya. Jadi untunglah RM2000

2. Jadi agen jual emas. Kalau jadi agen jual emas anda boleh dapat komisen dari 1%-10% bergantung kepada produk dan juga syarikat yang memeberikan komisen.

Jika anda ingin membeli emas anda bolehlah mencari agen emas berdekatan. Syarikat yang popular dengan emas ialah Public Gold dan GCP

Buat duit dengan hartanah

Cara ini merupakan antara ilmu tertinggi yang perlu dimiliki untuk buat duit. Iaitu cara buat duit dengan hartanah.

Ada beberapa cara untuk buat duit dengan hartanah

1. Beli dan sewakan.

Ini cara paling straight forward. Anda beli rumah. Cuba dapatkan pinjaman yang bayaran bulanannya lebih rendah dari sewa rumah. Jadi penyewa akan membayar pinjaman rumah tersebut! Selepas xx tahun rumah itu milik anda tanpa anda perlu membayarnya.

2. Beli, simpan/sewa, dan jual.

Harga rumah meningkat tak seperti harga kereta. Setiap tahun boleh dikatakan harga rumah akan meningkat. Jadi anda boleh beli, sewakan dan kemudian jual bila harga rumah tersebut naik. Anda perlu bijak mengagak (dengan fakta) tentang berapa banyak harga rumah tersebut boleh meningkat.

3. Beli, ubahsuai dan jual.

Ini teknik yang pro gunakan. Beli rumah, ubahsuai sedikit dan jualkan dengan harga lebih tinggi. Juga boleh dipraktikkan untuk tanah. Beli tanah, ubah status atau pecah lot dan jual semula dengan harga lebih tinggi.

4. Jadi ejen hartanah.

Walaupun ini agak berbeza tetapi cara ini masih lagi menggunakan hartanah untuk buat duit. Anda boleh mendapat komisen lebih kurang 2% untuk setiap rumah yang dijual. Jika rumah tersebut RM400,000, anda mendapat RM8,000! wow! Dan anda hanya perlu mencari penjual dan pembeli untuk itu.

Untuk mengetahui harga pasaran hartanah anda perlu selalu mengikut perkembangan. Website yang bagus untuk anda membuat tinjauan ialah hartanah.net

Buat duit dengan MLM

Tak perlu dijelaskan apa itu MLM. Mesti boleh dikatakan semua orang dah tahu. MLM merupakan model pemasaran yang paling lama bertapak di dunia. Berpuluh tahun lamanya.

Mungkin anda pernah gagal dalam MLM sebelum ini dan mungkin juga anda berjaya dalam MLM pada ketika ini.

Syarikat MLM pula tumbuh bagai cendawan. Tak kurang juga yang gulung tikar kerana kelemahan pengurusan syarikat dan janji yang terlebih.

Rahsia berjaya dalam MLM ialah
  • Mengguna produk yang dijual (guna sendiri)
  • Memperkenalkan perniagaan dan produk kepada orang lain (rekrut)
  • Duplikasi oleh downline - guna dan sebarkan (duplikasi + maintain)
Jualan dalam MLM ibarat air manakala mencari downline dalam MLM pula ibarat oksigen. Jika anda tidak melakukan proses mencari downline (rekrut), anda tidak akan dapat bertahan lama dan pendapatan anda tidak akan bercambah seperti yang selalu digembar-gemburkan.

Proses merekrut merupakan satu cabaran paling besar. Dan membimbing downline melakukan yang sama (duplikasi) adalah cabaran kedua.

Dengan adanya teknologi internet terkini, proses mencari prospek/downline menjadi semakin mudah. Begitu juga proses duplikasi yang banyak boleh dijalakan hampir otomatik sepenuhnya.

Jadi jangan lepaskan peluang menjalankan pemasaran MLM sekarang. Pilih syarikat yang berwiba dan kumpulan yang dinamik dan mempunyai sistem sokongan yang terbukti berkesan.

Perniagaan francais - adakah satu pilihan?

Mungkin anda pernah dengar tentang perniagaan francais. Adakah ia pilihan buat anda?

Antara kelebihan perniagaan francais ialah anda akan disediakan dengan manual lengkap langkah demi langkah untuk memulakan sebuah perniagaan yang telah terbukti berkesan.

Anda juga akan disokong kuat oleh franchisor dengan memberi latihan berterusan, kajian dan pengeluaran produk baru, pengiklanan dan pemantauan.

Kekurangannya ialah anda memerlukan modal yang sangat besar. Yang paling kecil pun mungkin dalam RM200,000 untuk memulakan satu perniagaan francais.

Adakah anda mampu untuk membiayai perniagaan yang bernilai RM200,000? Itu belum termasuk kos terselindung yang lain.

Berapa lamakah anda boleh sekurang-kurangnya mendapatkan kembali modal tersebut sebelum membuat keuntungan.

Walaubagaimanapun sekarang ini PUNB sedang giat mempromosikan perniagaan francais dengan memberi modal dan bimbingan tetapi tidak tahu sejauh manakah kejayaannya setakat ini.

MLM dikatakan satu perniagaan francais berskala kecil dengan modal yang rendah tetapi mempunyai segala kelebihan perniagaan francais yang lain. Yang paling sukar bagi menjalankan MLM ialah untuk mendapatkan downline dan memastikan downline sentiasa aktif dan menduplikasi.

Dengan adanya sistem internet untuk membantu mencari downline dan membuat maintenance, kerja-kerja tersebut menjadi jauh lebih mudah. Jadi mungkinkah anda akan memberi peluang kedua (atau ke berapa tak tau la) kepada MLM untuk menyelesaikan masalah kewangan anda?

Cara bina laman web dan asas perniagaan internet

Untuk berjaya di internet, anda memerlukan ilmu yang kukuh. Bermula dengan membuat kajian pasaran, membina laman web anda sendiri dan yang terpenting ialah cara membuat pemasaran di internet.

Apakah perbezaan antara pemasaran dan jualan? Bagaimana untuk mendapatkan pelawat? Bagaimana untuk membuat jualan dan menerima bayaran?

Adakah program affiliate dan adsense betul-betul boleh buat duit? Jika ya, bagaimana caranya.

Pelajari potensi perniagaan dan pendapatan di internet dengan menghadiri workshop laman web perniagaan yang akan diadakan


*Update: Workshop ini sudah diberhentikan

Panduan: Buat duit mudah dengan laporan percuma

Update: Panduan ini sudah tidak boleh digunakan lagi. Saya telah remove download link untuk laporan percuma tersebut


Download percuma panduan "Buat duit mudah dengan laporan percuma" yang akan menunjukkan anda cara langkah demi langkah untuk membuat duit dengan laporan percuma "The death of Internet Marketing"

Download sekarang (link removed)

Rahsia buat duit dengan SMS

E-book terbaru "Rahsia buat duit dengan SMS" telah diterbitkan. Anda boleh mengetahui teknik menjana wang dengan SMS tak kira anda berniaga dalam apa bidang sekalipun.

Anda boleh memilih dari 3 pakej yang disediakan sama ada e-book sahaja atau dengan beberapa perkhidmatan sampingan yang lain.

Anda juga boleh menjana wang dengan affiliate program yang disediakan dengan menjual pakej e-book ini.

Update: Ebook ini tidak lagi dijual

Perniagaan runcit - Beli borong, jual runcit

Ini adalah model perniagaan yang paling mudah dan simple iaitu perniagaan runcit. Anda boleh mulakan perniagaan seperti ini bila-bila masa sahaja.

Konsepnya senang, anda beli pukal dengan harga borong kemudian anda pakej semula dengan pakej yang lebih kecil dan harga yang lebih murah.

Contohnya jiran sebelah rumah anda menjual kerepek pisang. Anda membeli seguni kerepek darinya dengan harga RM50. Kemudian anda masukkan kerepek tersebut ke dalam 200 bekas kecil dan menjualnya dengan RM1 setiap satu.

Di situ anda telah untung kasar RM150!. Itu hanyalah contoh. Sebenarnya banyak lagi produk lain yang anda boleh jual menggunakan konsep ini. Saya sendiri telah melakukannya dan mendapat untung.

Anda juga boleh memilih barangan tertentu di pasaraya besar seperti Makro dan Mydin dan menjualnya semula mungkin melalui internet!

Mulakan pernigaan runcit anda sekarang..

Selamat mencuba.