Buat duit dengan hartanah

Cara ini merupakan antara ilmu tertinggi yang perlu dimiliki untuk buat duit. Iaitu cara buat duit dengan hartanah.

Ada beberapa cara untuk buat duit dengan hartanah

1. Beli dan sewakan.

Ini cara paling straight forward. Anda beli rumah. Cuba dapatkan pinjaman yang bayaran bulanannya lebih rendah dari sewa rumah. Jadi penyewa akan membayar pinjaman rumah tersebut! Selepas xx tahun rumah itu milik anda tanpa anda perlu membayarnya.

2. Beli, simpan/sewa, dan jual.

Harga rumah meningkat tak seperti harga kereta. Setiap tahun boleh dikatakan harga rumah akan meningkat. Jadi anda boleh beli, sewakan dan kemudian jual bila harga rumah tersebut naik. Anda perlu bijak mengagak (dengan fakta) tentang berapa banyak harga rumah tersebut boleh meningkat.

3. Beli, ubahsuai dan jual.

Ini teknik yang pro gunakan. Beli rumah, ubahsuai sedikit dan jualkan dengan harga lebih tinggi. Juga boleh dipraktikkan untuk tanah. Beli tanah, ubah status atau pecah lot dan jual semula dengan harga lebih tinggi.

4. Jadi ejen hartanah.

Walaupun ini agak berbeza tetapi cara ini masih lagi menggunakan hartanah untuk buat duit. Anda boleh mendapat komisen lebih kurang 2% untuk setiap rumah yang dijual. Jika rumah tersebut RM400,000, anda mendapat RM8,000! wow! Dan anda hanya perlu mencari penjual dan pembeli untuk itu.

Untuk mengetahui harga pasaran hartanah anda perlu selalu mengikut perkembangan. Website yang bagus untuk anda membuat tinjauan ialah hartanah.net

1 comment:

al-iklan.com said...

utk buat duit melalui hartanah bukan smudah yg kite sangka.terlalu byk kerja yg kite perlu lakukan.bukan setakat ada duit kite sudah boleh menjana pendapatan malahan ianya lebih dr itu.utk buat duit melalui hartanah kite harus mempuyai sifat tidak berputus asa.kata org putih don't easy to give up when you challenge facing you.kental jiwa and then barula boleh berjaya.