Tapi tahukah anda ada cara yang lebih mudah? Apakah caranya? Adakah ia betul2 mudah? Caranya ialah dengan berjimat dan berbelanja cara berhemah?
Bagaimana nak berjimat? Kenapa susah sangat nak berjimat?
Di sini terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk berjimat...
- Kurangkan makan di luar. Breakfast dan dinner kat rumah. Tahukah anda kos untuk buat teh kat rumah tak sampai 30sen. Anda terpaksa bayar RM1.20 kat kedai mamak!
- Beli barangan di pasaraya. Beli stok barangan dipasaraya untuk menjimatkan wang. Barangan dikedai runcit agak mahal. Tapi anda mesti berbelanja dengan menulis senarai barang dahulu!
- Rancang perjalanan. Selesaikan urusan sambil-sambil pergi/balik kerja. Jangan keluar banyak kali. Petrol mahal.
- Rancang perjalanan dan berikan lebih masa untuk sampai ke tempat yang dituju. Kalau bawa kereta tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek secara mengejut, akan menambahkan penggunaan petrol. Ingat, petrol mahal.
- Pergi ke pusat membeli belah pada hari bekerja sebelah malam. Kalau pergi hari minggu, ramai orang bersesak-sesak, nak parking pun makan masa setengah jam, parking pun naik harga dari RM1 ke RM3, nak keluar pun jem.
- Beli barangan semasa ada sale. Barang seperti baju dan seluar (selain makanan) ada sale bila tiba musim perayaan. Jadi tunggulah masa harga murah untuk membeli.
Atau mungkin anda boleh mendapatkan sebuah buku tentang pengurusan kewangan hanya RM18. Klik sini untuk maklumat lanjut
2 comments:
Betul tu, salah satu ke arah buat duit dengan berkesan adalah dengan berjimat cermat. Tak ramai yg perasan akan hal ini.. ;)
Jimat duit RM100 lagi senang dari buat duit RM100 :)
Post a Comment