Perniagaan internet - apa yang best sangat?

Tak habis-habis lagi bercerita tentang perniagaan di internet. Apakah yang paling istimewa? Bagi saya ialah kebebesan menjalankan perniagaan.. dimana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa..

Semasa saya menulis ini saya sedang berada di Seri Kembangan, berhampiran dengan pasar borong selangor. Sesiapa ada tinggal di sini?

Tempat ini begitu cepat membangun, pada beberapa tahun lalu saya pernah ke sini untuk mencari tempat tinggal semasa kerja di Cyberjaya. Jalan nak masuk pun gelap dan menakutkan.. Maxis pun belum ada coverage. Sewa pun baru Rm300..

Sekarang saya sedang menggunakan komputer adik ipar saya di apartment ini dengan hubungan internet menggunakan 3G!

Terfikir juga saya untuk membeli sebuah telefon bimbit 3G dan bekerja di mana sahaja di malaysia ni (atau mungkin diluar negara) dengan membawa laptop dan handphone. Itu target saya sebelum berakhirnya tahun ini.

Bercuti 5 hari di Cameron Highlands sambil minum teh di ladang teh boh menikmati pemandangan ladang yang menghijau sambil menghirup teh perisa strawberi yang jarang didapati di mana-mana.. Menarik bukan? Macam menarik jer :)

Mungkin anda dapat membayangkannya dengan lebih baik. Nah.. sekarang anda tahu kelebihannya. Tapi adakah anda telah memulakannya atau telah merancang atau hanya berangan-angan kosong.. atau mencari jalan mudah untuk mendapat duit di internet dengan menyertai program-program internet yang mengarut..

Pada masa ini terdapat pelbagai saluran maklumat yang anda boleh dapati di internet, buku, seminar dan sebagainya. Anda tidak akan keseorangan bila ingin melakukan perniagaan di internet.

Rasanya dah terlalu panjang pula penulisan saya kali ini. Itu adat orang mengarang. Ada mood lebih, ada idea, panjanglah celotehnya. Diharap anda mendapat sedikit panduan dan idea. Saya akan terus menulis panduan dan perkembangan tentang perniagaan internet dari masa ke semasa.

6 comments:

Labanon said...

Wah.. tinggi target tu.. tp x mustahil.. teruskan usaha!!

Anonymous said...

Azwan, best memang best. Tapi sebelum bermula, pastikan dah ada persediaan, ilmu dan perancangan. Bukan apa, takut separuh jalan jer.. Orang2 kita ni kebanyakannya nak cepat je tau. Bila lambat dapat hasil, mulalah putus-asa dan tuding jari kat orang lain.. :)

invtr said...

Yep betul, yang paling penting kena ada minat dan set kan target. Pastu belajar dan berusaha secara berterusan.

Anonymous said...

internet marketing memang mencabar minda. cabaran.. i like that.

dengarnya cameron highland dah kurang sejuk macam dulu.

invtr said...

hasrul, cameron still sejuk pergi hari tu. maybe ikut musim jugak kot dan location.

kalo nak dkt gi genting, ada 3G. hehe

Pro_money said...

wow,santainya hidup.