Perniagaan bermusim

Sekarang dah bulan Ramadhan.

Boleh dikatakan setiap bulan kita akan mendapat peluang menjalankan perniagaan bermusim. Apa yang dimaksudkan dengan perniagaan bermusim ialah perniagaan yang muncul sekejap sahaja sempena sesuatu perayaan atau sambutan

Contohnya sekarang bulan Ramadhan, perniagaan bermusim ialah menjual
  • juadah berbuka puasa
  • kurma
  • baju raya
  • kuih raya
  • langsir
  • kain
Lepas ini pula akan berlangsung musim buka cuti sekolah (akhir tahun) terdapat pula peluang untuk menjual pekakasan sekolah, baju sekolah, kasut dsb.

Jadi fikirkan apa yang boleh anda niagakan untuk musim-musim tertentu.

Perniagaan internet - apa yang best sangat?

Tak habis-habis lagi bercerita tentang perniagaan di internet. Apakah yang paling istimewa? Bagi saya ialah kebebesan menjalankan perniagaan.. dimana sahaja anda berada dan pada bila-bila masa..

Semasa saya menulis ini saya sedang berada di Seri Kembangan, berhampiran dengan pasar borong selangor. Sesiapa ada tinggal di sini?

Tempat ini begitu cepat membangun, pada beberapa tahun lalu saya pernah ke sini untuk mencari tempat tinggal semasa kerja di Cyberjaya. Jalan nak masuk pun gelap dan menakutkan.. Maxis pun belum ada coverage. Sewa pun baru Rm300..

Sekarang saya sedang menggunakan komputer adik ipar saya di apartment ini dengan hubungan internet menggunakan 3G!

Terfikir juga saya untuk membeli sebuah telefon bimbit 3G dan bekerja di mana sahaja di malaysia ni (atau mungkin diluar negara) dengan membawa laptop dan handphone. Itu target saya sebelum berakhirnya tahun ini.

Bercuti 5 hari di Cameron Highlands sambil minum teh di ladang teh boh menikmati pemandangan ladang yang menghijau sambil menghirup teh perisa strawberi yang jarang didapati di mana-mana.. Menarik bukan? Macam menarik jer :)

Mungkin anda dapat membayangkannya dengan lebih baik. Nah.. sekarang anda tahu kelebihannya. Tapi adakah anda telah memulakannya atau telah merancang atau hanya berangan-angan kosong.. atau mencari jalan mudah untuk mendapat duit di internet dengan menyertai program-program internet yang mengarut..

Pada masa ini terdapat pelbagai saluran maklumat yang anda boleh dapati di internet, buku, seminar dan sebagainya. Anda tidak akan keseorangan bila ingin melakukan perniagaan di internet.

Rasanya dah terlalu panjang pula penulisan saya kali ini. Itu adat orang mengarang. Ada mood lebih, ada idea, panjanglah celotehnya. Diharap anda mendapat sedikit panduan dan idea. Saya akan terus menulis panduan dan perkembangan tentang perniagaan internet dari masa ke semasa.

CD panduan jana wang dari rumah dan internet

Ramai yang inginkan pendapatan sampingan dan seboleh-bolehnya dilakukan di mana2 sahaja. Tidak perlu mempunyai 'overhead' yang tinggi tetapi mempunyai 'profit margin' yang tinggi.

Baru-baru ini saya dan Khairul ada membeli CD panduan jana wang dari rumah dan internet. Saya telah meneliti kandungan CD tersebut. Ia padat dengan informasi dan secara keseluruhan menceritakan tentang teknik menjana wang dari pelbagai cara.

Terdapat banyak idea dan taktik yang dikeutarakan untuk anda mula menjana pendapatan tambahan. Yang lebih baik ialah kebanyakan teknik yang ditunjukkan lebih kepada menjana pendapatan dari rumah anda dan menggunakan apa yang anda telah sedia ada. Contohnya kebolehan dan kepakaran anda!

Maklumat lanjut dan pesanan
CD panduan jana wang dari rumah dan internet

Tips memilih affiliate program untuk disertai

Berbalik kepada affiliate program. Affiliate yang macam mana yang perlu anda sertai dan yang mana anda tak perlu sertai dan kenapa.

Berikut ialah antara tips untuk memilih program affiliate yang bagus
  1. Menawarkan produk/servis yang berkualiti dan unik
  2. Mempunyai khidmat pelanggan dan layanan affiliate yang baik. Soalan yang anda ajukan hendaklah dijawab. Jika tidak, ia menunjukkan sikap affiliate manager tersebut.
  3. Menawarkan ganjaran yang setimpal (biasanya dalam 30-50% dari harga barang). Jangan bazirkan masa anda mempromosikan produk dengan pulangan kecil. Bukannya mudah untuk anda mendapatkan traffic. Pastikan ia setimpal dengan kos pengiklanan anda (masa anda juga adalah kos!)
  4. Terbukti mempunyai "conversion rate" yang tinggi. Daripada jumlah referral yang dilakukan, berapakah jualan dapat dibuat. Berhenti promosi jika "conversion rate" kurang daripada 1% (bergantung juga kepada nisbah keuntungan yang anda perolehi).
Sentiasa praktikkan 80/20 rule. 80% daripada pendapatan affiliate anda dijana oleh 20% jualan affiliate untuk program yang mana. Tumpukan usaha anda kepada yang 20% tersebut.

Mengikut statistik, hanya 5% daripada semua affiliate yang berdaftar yang melakukan jualan. Selebihnya hanya mendaftar, cuba mengiklan tetapi pada akhirnya tidak mendapat apa-apa hasil. Adakah anda tergolong dalam 5% atau 95%?

"If you don't like your result, change your approach!"

Klik sini untuk tips pemasaran di internet

Belajar bersyukur. Berhenti mengeluh.

Ramai antara kita yang bekerja mengeluh dengan beban kerja, gaji tak cukup, majikan tak ambil berat, persekitaran kerja yang tak selesa, pejabat yang jauh dari tempat tinggal, masa kerja yang panjang dan senarai ini akan berterusan tanpa penghujung..

Kenapa ini berlaku? Apa penyebabnya?

Bila dah mula kerja sendiri saya sedar yang betapa bertuahnya bekerja makan gaji.

Bila buat sendiri, semuanya kita tanggung - bil letrik, komputer, internet, sewa pejabat, bayar supplier. Semuanya kita buat - pemasaran, dapatkan projek/jualan, kejar payment dari pelanggan, pergi meeting, buat kerja, fikir mana nak cari duit.

Bila bekerja, kita cuma perlu lakukan kerja kita sahaja dan setiap hujung bulan gaji akan dimasukkan dalam akaun. Tak perlu pening kepala.

Cuba kita amalkan sikap sentiasa bersyukur. Syukur dengan kerja yang kita ada dari org yang tak ada kerja. Syukur dengan majikan kita yang bayar gaji dari majikan yang tak bayar gaji pekerja. Syukur dengan kebolehan kita menjana wang untuk keluarga dari orang yang kurang keupayaan untuk berbuat demikian.

Cuba amalkan sikap sentiasa bersykur atas segala nikmat yang kita perolehi dan berhenti mengeluh. InsyaAllah kita akan jadi lebih semangat untuk melakukan kerja yang diamanahkan.

Ingat setiap kerja yang anda jalankan sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab. Anda dibayar untuk melakukan kerja itu bukannya percuma. Dan anda sebenarnya sedang menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan agama secara tidak langsung.

Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Alhamdulillah. Dan berhenti mengeluh. Anda mampu mengubahnya (macam dalam iklan). Teruskan usaha murni anda :)

p/s: Tak salah mencari pendapatan sampingan, tetapi jangan pula abaikan kerja yang anda patut lakukan. Lakukan ia dengan sehabis baik semoga rezeki yang diperolehi lebih berkat.

Bagaimana untuk memulakan perniagaan di internet?

Ramai yang masih mencari-cari jalan untuk memulakan perniagaan di internet. Sebenarnya terlalu banyak sumber yang boleh diperolehi tentang perniagaan internet. Mungkin kerana itulah ramai yang semakin keliru yang mana satu patut diikut untuk berjaya.

Baru-baru ini sebuah buku (e-book) bersiri telah dikeluarkan oleh team tuahemas.com secara percuma menceritakan tentang perniagaan internet. Tentang asal-usul, kisah kejayaan, idea perniagaan, kelengkapan untuk menjalankan perniagaan internet dan banyak lagi dengan jumlah muka surat sebanyak 180m/s.

Apa tunggu lagi. Dapatkan naskah e-book percuma menarik ini di myusahawan.com. Dan yang terpenting selalu saya ingatkan - praktikkan apa yang dibaca. Bukan sekadar baca! Semoga anda berjaya.

Bisnes apa nak buat?

Semua orang tau buat bisnes boleh dapat duit banyak. Kena cara dalam berapa bulan je pendapatan dah melebihi dari gaji bulanan. Lepas tu boleh berhenti kerja. Kembangkan bisnes dan seterusnya mengubah kehidupan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Wah.. bestnya!! Tapi kenapa tak buat bisnes? Antara alasannya ialah tak de idea. Nak buat bisnes apa? Itu antara alasan popular selain tak ada modal, tak ada pengalaman, tak ada bakat, tak ada network dan lain-lain seribu satu alasan.

Pasal idea bisnes ni yang paling menarik. Kebanyakan orang ligat berfikir nak mulakan bisnes apa. Dan ramai juga orang berfikir tetapi tersangkut dan niat nak buat bisnes terbengkalai separuh jalan.

Memang susah nak fikir nak buat bisnes apa? Bisnes apa yang sesuai, tak terlalu sukar dan paling penting menguntungkan.

Apa yang saya boleh sarankan ialah mulakan dengan minat anda. Apa yang anda tahu buat dan apa yang anda minat buat? Memasak? Menjahit? Mengarang? Menukang? Apa-apa saja. Mulakan dari situ untuk memikirkan bisnes anda.

Jika anda minat mengarang, apa kata anda mengambil upah membuat artikel untuk majalah tempatan atau menjadi pengajar tentang cara-cara mengarang efektif, menulis buku tentang topik yang anda minat untuk dijual, menjadi pengarang bersama (co-author) untuk buku dan teruskan dengan senarai untuk lain-lain kemungkinan.

Jangan jadikan tak ada idea satu alasan!

Adakah pendapatan sampingan satu penyelesaian?

Semakin ramai orang sibuk mencari pendapatan sampingan dan di mana-mana saja sibuk orang mengiklankan tentang pendapatan sampingan itu dan ini.

Apakah sebabnya orang mencari pendapatan sampingan? Sebab tak cukup duit? Sebab nak lagi banyak duit? Atau kenapa? Cuba kita fikirkan apakah sebabnya..

Harga barang naik, harga petrol naik, kadar faedah naik tapi gaji tak naik-naik? Hutang pula makin banyak. Mungkin sebab itulah orang sibuk mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan yang semakin banyak.

Tapi ada yang dapat pendapatan sampingan yang lumayan masih lagi mencari-cari lebih pendapatan sampingan. Berbalik kepada persoalan. Adakah pendapatan sampingan ini satu jalan penyelesaian kepada masalah tak cukup wang?

Pernahkah kita terfikir cara lain untuk menyelesaikan masalah ini? Kenapa ada orang bergaji RM1500 sebulan boleh hidup lebih bahagia dan sentiasa cukup wang daripada orang yang berpendapatan sehingga RM5000?

Sebanyak mana yang anda dapat, yang penting ialah cara anda menguruskan wang anda. Berapa banyak yang anda dapat simpan, laburkan dan jimat daripada hasil pendapatan anda? Jadi pengurusan wanglah yang sebenarnya menjadi jalan penyelesaiannya.

Jika anda rasa tidak cukup wang setiap bulan, cuba buat kajian kemana perginya wang anda? Bagaimana caranya untuk lebih berjimat? Bagaimana caranya untuk membuatkan wang anda bekerja lebih keras untuk anda (daripada sebaliknya)?

Untuk itu fikirkanlah cara terbaik untuk menguruskan wang anda dan pendapatan sampingan bukanlah penyelesaian terbaik untuk masalah tidak cukup wang.

Dapatkan tips dan kaedah pengurusan wang berkesan dan cara menjana wang sampingan secara percuma dengan menghantar email kepada PendapatanTambahan.Com

atau anda boleh dapatkan buku pengurusan wang dengan hanya RM18 sahaja di sini

Kunci kejayaan sebagai usahawan internet yang berjaya

Posting ni lebih kepada kesinambungan posting saudara zulfadli tentang usahawan internet vs usahawan konvensional

Menjadi usahawan adalah sesuatu perkara yang selalu diperkatakan orang tapi tak ramai yang menghayati dan dapat membuatnya secara betul-betul berkesan.

Satu quote bahasa inggeris (ada tertampal dipintu rumah saya) berbunyi "patience, persistence and perspiration make an unbeatable combination for success" atau dalam bahasa kita
kejayaan = sabar + usaha berterusan + bersungguh-sungguh dan jangan lupa satu lagi tawakal! bagi orang muslim.

Sebagai usahawan perkara yang perlu dititik beratkan ialah 'leverage' - sentiasa fikir untuk memudahkan kerja dan urusan sehari-hari.

Contoh:
  1. Buat website yang boleh dibaca oleh ramai orang daripada bercerita kepada seorang dan orang yang berlainan terutama bercerita perkara sama banyak kali. Rumuskan dan letakkan dalam website untuk tatapan seberapa ramai orang sekalipun.
  2. Hantar email kepada beratus orang dalam mailing list (bukan spam!) daripada hantar kepada seorang
  3. Jadikan sehabis banyak proses yang menuntut masa anda dikawal oleh sistem dan dijalankan secara automatik. Contoh terbaik ialah menggunakan autoresponder untuk menghantar email secara automatik, menerima bayaran credit card secara automatik dan meletakkan pemasaran berjalan 24 jam tanpa henti seperti menggunakan google adwords, classifieds, blog dan sebagainya.
  4. Mewujudkan affiliate program berupa ejen yang dibayar komisen setiap kali menghasilkan jualan bagi anda dari anda membuat kerja pemasaran berseorangan - meletihkan, menghabiskan banyak tenaga dan wang ringgit.
Mungkin banyak lagi yang boleh difikirkan. Sentiasa kreatif untuk menjadikan perniagaan semakin efektif dan efisen. Perniagaan sepatutnya memberi kebebasan yang lebih kepada usahawan bukan menjerat usahawan menjadi lebih sibuk dan sibuk dan akhirnya menjadi hamba kepada perniagaan sendiri. Saya cadangkan anda yang serius dalam perniagaan membaca dua buku ini.

  1. Cashflow Quadrant - by Robert T. Kiyosaki
  2. e-Myth Revisited - by Michael E. Gerber

Hantar iklan produk dan servis anda untuk dibaca oleh ramai orang di iklan101.com secara percuma dan tiada pendaftaran diperlukan. Website ini dijangka akan meletup satu hari nanti seperti website sebelum ini - hartanah.net. Semoga semua berjaya.

Duit banyak atau duit berkat?

Dah lama berkecimpung dalam dunia buat duit di internet ni, macam-macam program dah dilihat berlegar-legar di sana-sini. Ada setengah-setengah tu yang cari orang, refer orang, tipu orang, makan orang dan macam-macam lagi.

Entah la apa nak jadi dengan orang kita. Semua nak mudah semudah-mudahnya. Kalau boleh taknak keluar modal, taknak keluar duit, tak nak buat promosi, tak nak jual beli, tak nak buat apa-apa! Janji duit lepas tu kena masuk mencurah-curah. Bagusnya lah perniagaan macam tu.

Disebabkan permintaan yang tinggi dalam nak buat duit cepat ni, ramai la orang yang ambil kesempatan untuk mengenakan orang-orang kita dengan buat program itu dan ini. Konon masuk seringgit dapat seribu ringgit. Tak perlu iklan, dia tolong iklankanlah dan macam-macam.

Dalam urusan makanan tahu halal haram, main saham tau ada syariah-approved counter, unit trust nak ambil islamic fund, insurans nak ambil takaful, tapi bila bab duit kat internet semuanya HALAL! dah tak ada yang haram, syubahat, riba, judi dan sebagainya.

Jadi sama-sama kita fikirkan, nak duit banyak ke atau nak duit berkat? Sediakah kita nak berjawab kat sana nanti? Cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri juga. Sama-samalah kita pilih program, perniagaan yang terang-terang tidak salah seperti mendapat komisen jualan, bayaran servis, bayaran penjualan produk dan sebagainya.

Untuk lebih maklumat, sila ke tips buat duit dan urus wang