Belajar bersyukur. Berhenti mengeluh.

Ramai antara kita yang bekerja mengeluh dengan beban kerja, gaji tak cukup, majikan tak ambil berat, persekitaran kerja yang tak selesa, pejabat yang jauh dari tempat tinggal, masa kerja yang panjang dan senarai ini akan berterusan tanpa penghujung..

Kenapa ini berlaku? Apa penyebabnya?

Bila dah mula kerja sendiri saya sedar yang betapa bertuahnya bekerja makan gaji.

Bila buat sendiri, semuanya kita tanggung - bil letrik, komputer, internet, sewa pejabat, bayar supplier. Semuanya kita buat - pemasaran, dapatkan projek/jualan, kejar payment dari pelanggan, pergi meeting, buat kerja, fikir mana nak cari duit.

Bila bekerja, kita cuma perlu lakukan kerja kita sahaja dan setiap hujung bulan gaji akan dimasukkan dalam akaun. Tak perlu pening kepala.

Cuba kita amalkan sikap sentiasa bersyukur. Syukur dengan kerja yang kita ada dari org yang tak ada kerja. Syukur dengan majikan kita yang bayar gaji dari majikan yang tak bayar gaji pekerja. Syukur dengan kebolehan kita menjana wang untuk keluarga dari orang yang kurang keupayaan untuk berbuat demikian.

Cuba amalkan sikap sentiasa bersykur atas segala nikmat yang kita perolehi dan berhenti mengeluh. InsyaAllah kita akan jadi lebih semangat untuk melakukan kerja yang diamanahkan.

Ingat setiap kerja yang anda jalankan sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab. Anda dibayar untuk melakukan kerja itu bukannya percuma. Dan anda sebenarnya sedang menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan agama secara tidak langsung.

Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Alhamdulillah. Dan berhenti mengeluh. Anda mampu mengubahnya (macam dalam iklan). Teruskan usaha murni anda :)

p/s: Tak salah mencari pendapatan sampingan, tetapi jangan pula abaikan kerja yang anda patut lakukan. Lakukan ia dengan sehabis baik semoga rezeki yang diperolehi lebih berkat.

2 comments:

adik said...

Alhamdulillah...adik gembira sbb ada yang berfikiran positif seperti anda. Terima kasih

Unknown said...

Terima kasih atas nasihat.